Detik masa kian pantas, kehidupan harian pasca pandemik Covid-19 mengundang amalan norma baru kehidupan. Bukan kita sahaja, malah seluruh dunia perlu mendepaninya. Ini termasuklah sukan nombor satu dunia, bola sepak. Liga-liga berprestij dunia tidak terkecuali, Borussia Dortmund menentang FC Shalke 04 dalam kancah Bundesliga tanpa kehadiran penyokong masing-masing. Manakala Australia menawarkan gelanggang-gelanggang mereka kepada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sebagai opsyen untuk menamatkan musim 2019/2020 mereka. Malah banyak lagi keputusan-keputusan yang sukar perlu dibuat oleh pengendali sukan ini khususnya bagi memastikan seni bola sepak terus dinikmati semua!
Biarkan seketika perancangan dunia bola sepak pasca Covid-19 ini. Topik yang saya mahu ketengahkan kali ini berkaitan dengan pembangunan kejurulatihan bola sepak, khususnya di negara ini. Adakah kita berada di landasan yang sama dengan kemajuan atau perkembangan kejurulatihan bola sepak dunia?
Dalam konteks ini, saya tertarik dengan istilah Physical Punishmentatau Hukuman Fizikal. Benarkah para jurulatih peringkat umur menganggap kaedah kejurulatihan hukuman fizikal ini adalah yang terbaik untuk mengembangkan potensi seseorang pemain bola sepak?
Apakah yang dimaksudkan dengan Hukuman Fizikal? Secara ringkasnya ia satu bentuk latihan tanpa menggunakan bola. Namun sejauh manakah kaedah latihan ini dapat membantu kemahiran teknik atau pemahaman taktikal kepada seseorang pemain? Fikirkan.
Saya terlibat dengan kejurulatihan bola sepak lebih dari 30 tahun yang lalu. Di awal kerjaya sebagai jurulatih, saya juga beranggapan Hukuman Fizikal adalah terbaik untuk membentuk pemain muda yang berkaliber. Saya bersetuju dengan mantan jurulatih saya bahawa corak latihan Hukuman Fizikal sesuai dipraktikkan kepada pemain muda. Justeru banyak masa latihan yang saya kendalikan dengan ‘menghukum’ pemain-pemain untuk melakukan larian mengelilingi padang. Ia satu langkah untuk membetulkan kesilapan teknik atau taktik yang dipraktikkan para pemain sebelum ini.
Adakah corak latihan Hukuman Fizikal satu corak latihan yang berkesan? Sekian lama ia adalah satu warisan unggul kejurulatihan seorang jurulatih dengan mantan jurulatihnya. Kesinambungan kaedah yang diterapkan pula oleh jurulatih kepada para pemainnya. Pasti keberkesanannya cukup efektif. Ibarat seorang doktor pelatih yang di hukum lari mengelilingi bangunan oleh doktor pakar akibat kesilapan pembedahan semasa latihan amali.
Dalam sukan lain, hukuman fizikal jarang diamalkan. Contohnya, seorang pemanah tidak di hukum lari mengelilingi padang kerana tidak menepati sasaran sewaktu latihan memanah. Sebaliknya, pemanah tersebut diberi latihan berterusan sehingga menguasai kemahiran memanah. Usia muda adalah masa terbaik untuk mengajar dan melengkapi pemain dengan kemahiran teknik.
Menurut bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger berpendapat bahawa peringkat usia 7 hingga 14 tahun adalah tempoh sesuai untuk mempelajari teknik, manakala peringkat usia 14 ke 17 tahun pula membentuk fizikal, dan di peringkat usia 17 hingga 19 tahun memahami corak taktikal permainan.
Adakah jurulatih tempatan memahami pembangunan bola sepak akar umbi seperti yang dinyatakan oleh Arsene Wenger ini? Tidak dinafikan, jurulatih asing yang pernah menerajui pasukan bolasepak negara rata-rata berpendapat bahawa para pemain kebangsaan kurang kemahiran asas. Dengan kata lain, adakah jurulatih di peringkat pembangunan mengendalikan latihan yang sesuai atau mengajar kemahiran asas yang secukupnya bagi bekalan pemain beraksi di peringkat antarabangsa kelak? Tepuk dada tanya selera.
Bagi saya, practice makes perfect memberi suatu pengertian bahawa latihan tubi yang berterusan dapat menghalusi kemahiran asas seseorang pemain bola sepak. Buktinya kemahiran David Beckham yang mampu melencongkan sepakannya ibarat jaringan sudah berada di tangan setiap kali beliau mengambil sepakan. Semua ini diperolehi melalui latih tubi tanpa kenal erti penat dan berputus asa. Dalam biografinya, Beckham berkongsi pengalaman latih tubinya dengan melakukan latihan sepakan lencong sebanyak 500 kali sehari! Justeru tidak mustahil beliau mampu menguasai kaedah sepakan ini dan ia menjadi aset berharga buat dirinya. Dan kemahiran inilah yang membantu Beckham membawa England ke saingan suku akhir Piala Dunia 2002. Atau mungkin kita boleh bertanya kepada Faiz Subri mengenai rahsia sepakan lencongnya sehingga dinobatkan penerima Anugerah PUSKAS. Saya yakin, jawapan dari bekas pemain Harimau Kumbang dan kebangsaan ini juga terletak kepada latih tubi!
Tidak dinafikan bahawa kebanyakan pemain muda turun ke padang antara lainnya untuk menikmati keseronokan bermain bola sepak. Bermain dengan kawan-kawan sambil menunjukkan skil masing-masing. Latihan berbentuk hukuman fizikal ini dikatakan telah meranap keseronokkan dan kegembiraan itu. Para jurulatih yang mengamalkan bentuk kejurulatihan ini telah merampas keinginan dan keyakinan diri seseorang pemain. Latihan secara tradisional membunuh potensi mereka. Secara ringkasnya pemain muda ini die before try.
Saya mahu mengajak para jurulatih untuk merenung sejenak pengalaman semasa berada dibawah jurulatih masing-masing. Kebanyakan jurulatih sekarang pernah berada di bawah seorang jurulatih yang garang dan tegas. Situasi yang melahirkan pengalaman pahit dan manis. Pahitnya mungkin semasa sesi latihan fizikal yang ekstrem bagi meningkatkan tahap kecergasan sepanjang 90 minit (atau lebih) permainan berlangsung. Namun adakah kita mahu wariskan ‘pengalaman pahit’ ini kepada pemain kita? Ramai pemain berpotensi tinggi telah tinggalkan dunia bola sepak kerana takut kepada kaedah kejurulatihan seseorang jurulatih. Adakah jurulatih hari ini mahu mengulangi kesilapan ini?
Ketegasan semasa latihan amat diperlukan, namun biarlah kena pada tempatnya. Pemain yang bermain dalam ketakutan lazimnya tidak akan berani membuat keputusan sendiri. Pemain yang takut kepada tindakan jurulatih akan mengalami gangguan emosi dan mental secara dalaman. Jika jurulatih tidak beri ruang kepada pemain untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri, pasti negara ini tidak dapat melahirkan the thinking player yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.Sekali lagi, tepuk dada tanya selera.
Para jurulatih hari ini harus mengkaji dan mempelajari pendekatan latihan secara berkesan untuk diterapkan kepada pemain. Berdasarkan kajian saya semasa mengikuti sesi pengajian Sarjana dalam Kejurulatihan Sukan (Master in Sports Coaching) di England, terdapat lima jenis pendekatan yang boleh diguna pakai oleh seseorang jurulatih untuk melatih pemain bola sepak.
Salah satunya adalah command style yang popular dipraktikkan oleh kebanyakkan jurulatih tempatan. Pemain dipaksa mengikut arahan jurulatih semasa sesi latihan dan perlawanan berlangsung. Pemain dimaki hamun oleh jurulatih sepanjang permainan. Pemain tidak pernah diberi ruang dan masa untuk berfikir atau membuat keputusan sendiri. Maki hamun dan teriakan bukan lagi cara komunikasi terbaik dalam bola sepak moden ini!
Kerapkali juga saya menerima maklumbalas dari jurulatih-jurulatih tempatan bahawa mereka telah lama dalam bidang kejurulatihan dan telah banyak memenangi kejohanan dengan cara yang mereka amalkan. Ya, maklumbalas itu tidak saya nafikan, namun perlu juga ditanya kejohanan tahap mana dan di mana pemain anda berada sekarang? Adakah tugas jurulatih ini melahirkan para pemain atau membentuk satu pasukan untuk memenangi sesuatu kejohanan? Mampukah pemain-pemain ini beraksi di hadapan 80,000 penyokong tanpa arahan dari jurulatih? Seseorang jurulatih harus malahirkan pemain berkemahiran tinggi yang menjadi asset kepada pasukan bola sepak negara, dan bukannya melatih satu pasukan yang gah di peringkat kampung sahaja!
Falsafah pembangunan bolasepak moden, terutama di Eropah lebih gemar melahirkan individu yang berkemahiran tinggi dan bukannya pasukan muda di peringkat bawah umur untuk memenangi sesuatu pertandingan. Masanya sudah tiba untuk jurulatih berubah dan belajar dari kesilapan. Masa yang diluangkan oleh mereka bersama pemain amat terhad. Gunakan masa tersebut dengan latihan yang boleh merangsang minda seseorang pemain. Bukan lagi lari mengelilingi padang sehingga 20 pusingan!
Latih cara mengawal bola yang betul, cara membuat hantaran yang betul, cara mengelecek yang betul, cara melencong bola yang betul dan sebagainya. Ini merupakan model latihan yang boleh mengembangkan potensi seseorang pemain dan membantu memperkasa keyakinan diri mereka apabila berhadapan dengan pihak lawan.
Saya amat tidak setuju dengan hukuman fizikal yang menjadi amalan latihan segelintir jurulatih tempatan. Cara latihan ini menghadkan perkembangan motor skill dan kordinasi seseorang pemain. Elemen ini amat penting dalam kitaran pertumbuhan diri pemain. Apabila terbantutnya motor skill dan kordinasi seseorang pemain, maka terbantutlah persembahan permainan di atas padang. Pemain berlari ke sana sini seperti robot!
Kita ambil contoh cooper test yang direka sejak tahun 1968, masih diguna pakai untuk menilai tahap kecergasan seseorang pemain pada hari ini. Untuk pengetahuan para jurulatih, cooper test ini adalah salah satu ujian yang di guna untuk menilai kecergasan fizikal tentera Amerika Syarikat yang turun ke medan perang. Adakah ia sesuai dipraktikkan ke atas pemain bola sepak hari ini?
Penggunaan sains dalam sukan telah menjadi sebahagian daripada kaedah latihan harian. Wajarkah selepas 52 tahun para jurulatih masih menggunakan cooper test untuk menilai kecergasan fizikal para pemain? Adakah ia satu bentuk latihan fizikal atau satu bentuk hukuman kepada para pemain?
Dalam permainan sebenar, tidak ada pemain yang berlari berpusing – pusing mengelilingi padang. Pemain hanya lari pecut sekali sekala dalam lingkungan 15 ke 20 meter sahaja. Maka Yo-Yo test atau blip test adalah ramuan yang terbaik untuk menilai kecergasan pemain. Wahai jurulatih semua, cukuplah menghukum pemain dengan cara latihan yang boleh melunturkan semangat mereka untuk bermain bola sepak.
Mental seseorang pemain yang di hukum secara fizikal akan mengalami keletihan dan kelesuan. Pemain berlari tanpa bola akan hilang minat untuk terus berlatih dan seterusnya berdepan dengan tekanan mental dan emosi. Dalam jangka panjang prestasi dan persembahan mereka akan merosot.
Akhir kata, changes are permanent. Perubahan dalam kaedah latihan harus bermula daripada seseorang jurulatih. Permainan bola sepak dianggap sukan nombor satu di seluruh dunia. Jika ia di ubah menjadi medan lumba lari maka permainan ini akan hilang identitinya. Cuba lahirkan pemain yang boleh membuat keputusan sendiri dan mampu menyelesaikan masalah di atas padang. Jangan mengharapkan kejayaan dalam tempoh yang singkat, dan menghancurkan masa depan para pemain yang bakal membawa jalur gemilang ke persada dunia. Fikir fikirkan.
Hasil Nukilan,
Coach Veloowin
Very nice article coach. Well explain and detail. Looking forward more similar write up.
Thank you Bala
Great job coach. Very useful to those who are in need especially during indoor activities. Hope to see more.
Thank you dear
penulisan yg baik..tahniah coach
Good write up Coach… Its time to have more Thinking players rather than players who can run around the field for 90 to 120 mins without contributing anything to the game…. Syabas.
Thank you dear Machi
Absolutely superb coach. Congrats. Time to ‘CHANGE’.
Thank you son
Terbaik..
Thanks MIE
Hi Coach Veloo, it’s been a pleasure to be able to work under your coaching management during 2017, yes I couldn’t agree more on your article on Physical Torture on Football Aspect on Individual Football Athletes. Yes there are still Coaches using the old methods training in Football. In my opinion as a sport medicine, football athletes needs a correct Physical Torture so they can be a better athletes for example if the player is very weak in thier set pieces, the correct torture should be set pieces Torture training like hundreds of set pieces and not just running around the pitch through out the training session. We understand in individual football player he needs to have cardio endurance as well as the techniques to sustain through out 90 plus minutes. What do coaches in national and States having problems is there are very few players who hav this both cardio endurance and individual skills, more players come to them from the roots are only hav cardio endurance with no skills. This is why the import culture started in football mainly in Asians Football. And thanks again for the superb Article sir. Love you.
Thank you dear safuan. Fantastic two years with you guys in SARAWAK FA. Love you guys
Fantastic coach. Well said . Thank you
Hi. My lovely Minden Tigers. Thank you dear
Looking forward to your next article! Hoping more of our local coaches will embrace your viewpoint on this subject matter. Will certainly help to ensure that our young players remain interested in the game
Thanks Azlinda. My plessure
Thanks Azlinda. My pleasure
A good comparative observation from past to the current football development trends. Totally agreed with your opinions . Need a deeper study on the transition from traditional training to current trends as you have elaborated on the development of motor skills of the player or well coordinated thinking players. As coaches we had been exposed to different types of coaching methods over the years. The Technical Department & Coach Education Unit need to play a vital role to standardize the contents and methods as to meet the demand of changing trends of modern football. Coach Veloo ..great write up…write more .. Syabas
Thank you Cikgu. You are always been a motivator and role model to me. Thanks for being with me through out my coaching career.
Such a superb write up & thought to be shared!
It’s often said that change is the only constant in life. Yet humans are evolutionarily predisposed to resist change because of the risk associated with it. Despite this resistance to change, it is more important than ever.
One must change one’s tactics every 10 years if one wishes to maintain one’s superiority.
All the best & keep on sharing such logical & practical thoughts Coach!