{"id":81,"date":"2020-06-09T14:54:33","date_gmt":"2020-06-09T14:54:33","guid":{"rendered":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/?p=81"},"modified":"2020-06-09T14:54:52","modified_gmt":"2020-06-09T14:54:52","slug":"jangan-rampas-pembelajaran-kendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/jangan-rampas-pembelajaran-kendiri\/","title":{"rendered":"Jangan Rampas Pembelajaran Kendiri !"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bertemu kembali. Diharap artikel ini dan yang terdahulu membantu para jurulatih mencuba pendekatan baru dalam bidang kejurulatihan. Perbincangan&nbsp; kali ini fokus kepada pembelajaran kendiri. <strong><em>\u201cDon\u2019t Steal The Reps In Youth Football\u201d<\/em><\/strong> yang membawa ertikata <strong>\u201c<\/strong><strong><em>jangan rampas pembelajaran kendiri dalam kalangan pemain muda<\/em><\/strong><strong>\u201d<\/strong><strong>. <\/strong>Tajuk ini menyentuh gelagat para jurulatih dan ibubapa sewaktu pemain muda beraksi di atas padang.&nbsp; Saya juga ingin menarik perhatian ibu bapa&nbsp; terhadap&nbsp; tindakan mereka merampas pembelajaran kendiri. Lihat klip video sebelum mendalami perbincangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">LINK: <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=Isoku3TPOBM%20(Open%20Hyperlink)%0d\" target=\"_blank\">https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=Isoku3TPOBM<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Video ini menunjukkan bagaimana ibu bapa dan jurulatih bertindak mengajar dan \u2018mengawal\u2019 anak-anak atau para pemain dari luar padang. Pemain menjadi buntu dan tidak tahu hala tuju. Ibu bapa dan jurulatih tidak putus-putus beri arahan sehingga pemain terpinga-pinga mencari rentak permainan. Kebanyakan jurulatih dan ibu bapa menganggap mereka membantu pemain dengan memberi arahan serta teguran dari luar padang iaitu \u201c<em>side line coaching<\/em>\u201d. Tanpa disedari, jurulatih dan&nbsp; ibu bapa telah \u2018melangkah\u2019 masuk dan mengawal minda serta pemikiran pemain dan sekali gus merampas hak pemain muda menjadi \u201c<em>thinking player\u201d<\/em>. Fikir fikirkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembelajaran kendiri adalah objektif utama dalam latihan bola sepak. Dalam konteks ini, fungsi otak seseorang pemain sama dengan otot badan. Untuk membentuk otot yang kental, latihan fizikal yang teratur dan baik diperlukan. Begitulah juga dengan otak seseorang pemain, ia memerlukan latihan stimulasi untuk berkembang dan berfungsi lebih tajam dalam menyelesaikan permasalahan di atas padang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bayangkan seorang guru matematik tidak mengajar kaedah pengiraan atau penyelesaian soalan matematik tetapi terus memberi jawapan kepada soalan bagi menghadapi peperiksaan. Adakah anda bersetuju dengan tindakan guru matematik ini? Tindakan guru&nbsp; ini seolah olah merampas dan menidakkan proses pembelajaran kendiri. Di sini, proses stimulasi otak diabaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala dalam latihan angkat berat, kaedah dan tatacara angkat berat yang bersistematik amat penting untuk membentuk otot yang kental. Bayanglan jika seseoarang atlet angkat berat diwajibkan oleh jurulatih untuk melakukan latihan ulangan sebanyak 12 kali tetapi atlet tersebut berhenti pada latihan ulangan yang kelima. Pada peringkat ini atlet tersebut menghadapi kesukaran dan keletihan untuk meneruskan latihan. Adakah wajar seseorang jurulatih membantu atlet itu dengan mengangkat baki tujuh ulangan? Jika jurulatih itu bertindak seperti guru matematik maka objektif latihan tidak tercapai dan jurulatih menjadi terlebih&nbsp; sasa dari anak didiknya ! Saya pasti seorang jurulatih, tidak mahu dan tidak akan membantu dengan cara sedemikian. Malah jurulatih akan menunjukkan teknik mengangkat berat dan cara pernafasan yang betul untuk mencapai objektif latihannya. Renung renungkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jom imbas lima jenis cara latihan yang dibincangkan dalam artikel&nbsp; sebelum ini. Selain <em>command style,<\/em> para jurulatih boleh menggunakan pendekatan <em>\u201ctrial and error\u201d&nbsp; <\/em>dan <em>\u201cObservation and feedback\u201d. <\/em>Kedua dua pendekatan ini memberi peluang kepada pemain muda untuk mencuba sesuatu kemahiran di atas padang dengan menggunakan daya kreativiti mereka. Dalam kaedah ini, jurulatih dan ibu bapa memerhati dari luar padang <strong>tanpa<\/strong> mengganggu aksi pemain. Adakah situasi ini berlaku di peringkat akar umbi? Ataupun pemain muda beraksi dibawah kuasa <em>\u201cRemote Control\u201d?<\/em>. Kerap kedengaran kata-kata pujangga \u201c<em>shoottttt\u201d ,&nbsp; \u201cpassssss\u201d ,&nbsp; \u201cdribbellll\u201d , &nbsp;\u201clariiiii\u201d , \u201cscorrre<\/em>\u201d yang sentiasa mengelirukan konsentrasi pemain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dapat dinafikan, senario ini kerap berlaku di seluruh dunia. Kuasa <em>remote control<\/em> telah merampas dan menidakkan hak pemain muda membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal fikiran mereka. &nbsp;Tindakan menjerit, memekik, mengawal dan memberi arahan dari tepi padang sepanjang latihan mahupun semasa perlawanan membantut &nbsp;pemikiran seseorang pemain. Sekiranya ibu bapa dan jurulatih membuat <em>Side Line Coaching<\/em> dan membuat keputusan bagi pihak pemain, maka pembelajaran kendiri tidak berlaku dan pembelajaran ilusi sahaja yang mengambil tempat. Tepuk dada tanya selera!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk mengatasi masalah \u2018<strong>terlebih<\/strong>\u2019 semangat para ibu bapa dan jurulatih, ingin saya kongsi pengalaman semasa pengajian saya dan semasa bertugas sebagai jurulatih di <em>Blackburn Rovers Football Academy<\/em> di England. Wahai ibubapa! Hentikan <em>Side Line Coaching\u201d<\/em> yang menjadi batu penghalang kepada pebelajaran kendiri. Sebagaimana saya bincangkan di atas, otot memerlukan latihan fizikal untuk berkembang manakala otak memerlukan latihan mental untuk mengembangkan kemahiran kognitif. <s>&nbsp;<\/s><s><\/s><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Side Line Coaching\u201d<\/em> juga menyebabkan pemain menjadi mangsa keadaan. Bagi mengatasi permasalahan ini, pihak penganjur wajib memberi taklimat kepada ibu bapa dan jurulatih supaya tidak mengganggu pemain sewaktu perlawanan sebenar, begitu juga semasa latihan. Penganjur juga perlu menyediakan <em>S.O.P<\/em> supaya ibu bapa dan jurulatih tidak merampas pembelajaran kendiri anak-anak atau para pemain mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara kedua adalah para jurulatih dan ibu bapa harus memahami proses pertumbuhan fizikal dan perkembangan kognitif seorang pemain. Sebagai pendidik, jurulatih harus faham bahawa pengajaran dan pembelajaran seseorang individu mengambil masa yang agak panjang mengikut peringkat umur. Para jurulatih dan ibu bapa tidak boleh mengharapkan perubahan &nbsp;serta merta umpama pepatah \u201c<em>Rome wasn\u2019t built in a single day<\/em>!\u201d Pemain muda juga tidak boleh berpuas hati dengan latihan seminggu di gimnasium untuk menbentuk otot \u201c<em>six pack\u201d<\/em> &nbsp;seperti Cristiano Ronaldo. Fahamilah bahawa sesuatu proses pembelajaran mengambil masa yang agak lama dan berterusan. Jurulatih dan ibu bapa tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi tetapi boleh percaya bahawa perubahan tetap akan berlaku jika&nbsp; latihan diteruskan tanpa kenal penat. Percayalah\u2026.. seseorang pemain berusia 12 tahun tidak boleh berlatih seperti Cristiano Ronaldo tetapi pemain tersebut boleh berlatih sebagaimana Cristiano Ronaldo berlatih sewaktu berumur 12 tahun. Fikir fikirkan!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Latih tubi para pemain dan kesabaran ibu bapa serta kesungguhan jurulatih amat penting untuk mengasah potensi para pemain muda. Jangan meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemain muda dalam jangka masa singkat. Setiap individu mempunyai kapasiti pembelajaran yang berbeza. Beri masa yang secukupnya untuk pemain muda bersedia menghadapi cabaran fizikal, mental dan emosi. Ibu bapa tidak harus memaksa pemain melakukan keajaiban dalam usia muda. Biar mereka melalui proses pembelajaran yang teratur dan jangan sesekali merampas pembelajaran kendiri dari pemain yang akan menjadi aset jangka panjang kerjaya profesional seseorang pemain bola sepak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Link: <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=JK_Kx76WTaM\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=JK_Kx76WTaM<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara ketiga dan paling penting, pemain harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam dan belajar dari kesilapan. Klip Video di atas jelas menunjukkan sikap seoarang ayah yang sungguh matang yang perlu dicontohi oleh &nbsp;semua ibubapa. Ibubapa &nbsp;harus memberi perangsang kepada anak dan bukan mengutuk dan melunturkan keyakinan mereka. Sekiranya jurulatih menggunakan corak latihan \u201c<em>trial and error\u201d dan \u201cObservation and Feedback\u201d<\/em> seperti klip video di atas, para pemain akan berasa lebih berani dan bebas semasa membuat keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemain akan maju dan mahir dalam apa juga teknik atau taktik sekiranya diberi peluang untuk mencuba. Memang tidak dapat dinafikan pendapat ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai&nbsp; bakat dalam diri mereka. Ingin saya syorkan, berilah kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk mengasah dan menggilap bakat yang terpendam itu. Saya percaya para Jurulatih mempunyai kebolehan dan pendekatan terbaik dalam mencungkil dan menggilap bakat tersebut. Fikir fikirkan!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir kata, jangan lupa pembelajaran ilusi bukan satu bentuk pembelajaran kendiri. Ketagihan dan keghairahan ibu bapa dan jurulatih boleh menghancurkan potensi pemain muda. Jika jurulatih dan ibu bapa tidak berubah maka guru matematik dan pelatih gymnasium akan terus bermaharaja lela. Fikir-fikirkan.<br><br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bertemu kembali. Diharap artikel ini dan yang terdahulu membantu para jurulatih mencuba pendekatan baru dalam bidang kejurulatihan. Perbincangan&nbsp; kali ini fokus kepada pembelajaran kendiri. \u201cDon\u2019t Steal The Reps In Youth&hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"nf_dc_page":"","om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_feature_clip_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_publicize_message":"","jetpack_publicize_feature_enabled":true,"jetpack_social_post_already_shared":true,"jetpack_social_options":{"image_generator_settings":{"template":"highway","default_image_id":0,"font":"","enabled":false},"version":2},"jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-81","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"jetpack_publicize_connections":[],"jetpack_featured_media_url":"","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81\/revisions\/82"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/coachveloo.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}